Wednesday, February 18, 2009

Mengapakah saya memerlukan MonaVie setiap hari?


Pernakah anda membiarkan sebiji epal tersadai selepas memakanya separuh? Apa akan terjadi? Ia akan betukar menjadi perang (layu) betul?

Mengapa ia bertukar menjadi warna perang?
Proses PENGOKSIDAAN

Percayakah? Perkara yang sama belaku kepada manusia. Seperti mana yang kita ketahui, kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga, ia akan menghasilkan poduk sampingan yang dikenali sebagai radikal bebas (free radical).

Semasa sel-sel badan kita menggunakan oksigen dengan berkesan melalui proses , pengoksidaan ia selalunya mengakibatkan suatu perubahan. Dalam kes epal tersebut , ia dengan senangnya betukar menjadi warna perang dan mula reput melalui proses pengeringan. Manakala dalam kes manusia dengan adanya kelukaan, sel-sel yang rosak akan digantikan dengan sel- sel baru untuk memulihkan kelukaan, mengantikan kulit baru dan menyebabkan kesan parut.

Walaubagaimanapun, kira- kira 2% daripada sel- sel badan kita akan menjadi rosak dalam proses tersebut, ia bertukar menjadi radikal bebas, dan memulakan proses tindak balas berantai yang memudaratkan sel- sel lain sebab merekaakan berubah-ubah secara mutasi dan cuba mencari komponen hilang dari sel- sel sihat lain. Proses ini akan merosakkan DNA sel- sel sihat dan menyebabkan belakunya mutasi sel.

Radikal bebas yang tidak terkawal telah dikaitkan dengan kanser, sakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson, sengal-sengal tulang, sakit sendi. Strok dan kerosakkan DNA akibat daripada perubahan sel- sel secare mutasi.



Imej dikiri adalah contoh
sel darah sihat

Imej di kanan adalah contoh
sel darah yang dirosakkan
oleh Radikal bebas.





Masaalah utama kita alami ialah bahan-bahan toksin luaran yang terdapat di dalam persekitaran kita. Penghasilan Radikal bebas Luaran , Seperti mana yang dikenali termasuklah pencemaran udara, asap rokok, racun perosak, pemakanan yang berlemak tinggi dan telah di proses begitu juga majerin, lelemak, minyak hyreogenated, bahan awet, daging, gula, tepung gandum putih, makanan bergoreng dan pewarna.

Tekanan fizikal dan emosi juga boleh mengakibatkan peningkatan radikal bebas, begitu juga dengan sinaran UV dari matahari. Kesemua Radikal bebas menjejaskan keupayaan badan menghasilkan anti - pengoksidaan.

Salah satu cara yang paling berkesan adalah untuk meningkatkan anti- pengoksidaan ialah makan makanan yang mengandungi anti-pengoksidaan tinggi seperti buah-buahan dan sayur - sayuran.

No comments:

Post a Comment